IBADAT
Tajuk: Perkahwinan Dalam Islam
Pengertian Perkahwinan
Bahasa: Cantum atau himpun
Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
Galakan berkahwin dalam Islam
· Allah memberi jaminan orang yang berkahwinan dikurniakan rezeki
· Dapat menjauhkan seseorang itu daripada maksiat.
Konsep Perkahwinan Dalam Islam
· Lelaki sebagai suami dan bapa berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
· Perempuan sebagai isteri berkewajipan mentaati suami, mendidik anak-anak, dan menguruskan rumah tangga
· Orang yang berkahwin wajib mengatur kehidupan berkeluaga dan memikul tanggungjawab terhadap rumah tangga.
· Setiap manusia memerlukan pasangan atau teman hidup
· Perlukan keluarga untuk mendapatkan zuriat
· Kerjasamamengukuhkan ikatan dan persaan kasih sayang yang menjadi matlamat perkahwinan.
· Allah mensyariatkankepada manusia selaras dengan kehendak fitrah mereka.
Hukum Perkahwinan
| HUKUM | HURAIAN |
| Harus | Orang yang tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin. |
| Makruh | Orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri. |
| Haram | Orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyajini akan menzalimi pasangannya. |
| Sunat | Orang yang mampu memberi nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan berkahwin tetapi boleh mengawal diri daripadaberina atau menzalimi pasangan. |
| Wajib | Orang yang mampu memberi nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta khuatir melakukan zina kerana gagal mengawal nafsu. |
Hikmah Perkahwinan:
· Memberi ketenteraman kepada pasangan
· Menjalinkan silaturahim
· Memupuk kasih sayang
· Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
· Menjamin kesihatan
Implikasi Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam:
| Diri | · Akan dikenakan tindakan undang-undang · Masyarakat akan memandang serong |
| Keluarga | · Nama baik keluarga akan tercemar |
| Masyarakat | · Masyarakat akan menjadi kucar-kacir · Lahir masyarakat yang suka melanggar undang-undang. |
Langkah-langkah Mengatasi
· Perlukan perhatian ibu bapa dan masyarakat
· Mengikuti program ilmu
· Kuatkuasakan undang-undang.
Rujukan:
Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5