Sunday, February 14, 2010

Tajuk: Kehidupan Di Dunia Sebagai Seorang Perantau

HADIS

Tajuk: Kehidupan Di Dunia Sebagai Seorang Perantau

Riwayat Bukhari

Maksudnya: Daripada Abdullah . Umar RA berkata: Rasulullah SAWmemegang bahuku serya bersabda: Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar berkata: Apabila kamu beada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan semasa sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

Intisari Hadis:

· Rasulullah SAW member pendidikan supaya kita menganggap dunia sebagai satu persinggahan menuju ke alam akhirat.

· Kehidupan kita umpama seorang peniaga yang singgah di suatu tempat untuk mengambil bekalan bagi perjalanan yang masih jauh.

· Hidup mesti diisi dengan aktiviti befaedah.

Kehidupan Di Dunia Adalah Smentara:

· Tempoh hidup di dunia terlalu singkat berbanding akhirat yang kekal abadi.

· Dunia adalah tempat mencari bekalan menuju akhirat(ilmu, ibadat, sedekah, dan sebagainya)

· Kedudukan kita di dunia adalah sama sahaja seperti seorang perantau yang tidak boleh leka dengan keseronokan di tempat persinggahannya hingga lupa pada destinasi yang masih jauh.

Kelebihan Menyegerakan Segala Urusan Kehidupan

· Dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya

· Urusan dapat disempurnakan dengan berkualiti dan mengikut jadual

· Menyumbang ke arah kemajuan negara.

Teknik Pengurusan Masa Yang Efektif

· Mengurus masa dengan bijak

· Meentukan wawasan hdup

· Merancang penggunaan masa

Bekalan Untuk Hari Akhirat

Bekalan terbaik adalah Takwa.Takwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dengan taat dan ikhlas.

Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

No comments:

Post a Comment