Sunday, February 14, 2010

Tajuk: Layanan baik terhadap orang bukan Islam

TILAWAH AL-QURAN

Tajuk: Layanan baik terhadap orang bukan Islam

Surah At-Taubah, 6

Maksudnya: Dan jika seseorang daripada kaum Musyrikin meminta pertolongan perlidungan kepadamu,(untuk memahami Islam) , maka berilah perlidungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).


Intisari Ayat

· Orang yang beriman wajib memberi perlindungan kepada orang bukan Islam

· Tujuannya untuk menerangkan ajaran Islam kepada mereka.

· Selesai perlindungan, orang itu hendaklah dihantar ke tempat yang aman

Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam

· Mewujudkan keharmonian dalam kehidpan

· Menunjukkan contoh teladan yang baik dan berusaha menyampaikan Islam dengan cara yang sesuai

· Bergaul dengan cara yang baik dan tidak bertindak kasar dengan mereka.

· Menjaga hubungan baik dengan mereka.

· Menganjuri sesi perbincangan dengan orang bukan Islam tentang Islam.

Kesan Kedamaian

· Rakyat hidup selesa

· Tumpuan dpat diberikan pada pembangunan negara

· Ekonomi kukuh dan prasarana pendidikan berjalan lancar.

· Memudahkan perkembangan Dakwah Islamiah

Kesan Peperangan

· Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda

· Kemajuan terbantut dan prasarana pendidikan tidak dapat disediakan

· Ekonomi negara akan hancur dan memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya kembali

· Contoh negara yang dilanda peperangan: Afghanistan dan Palestin.

Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

No comments:

Post a Comment