Sunday, February 14, 2010

Tajuk: Perkahwinan Dalam Islam

IBADAT

Tajuk: Perkahwinan Dalam Islam

Pengertian Perkahwinan

Bahasa: Cantum atau himpun

Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

Galakan berkahwin dalam Islam

· Allah memberi jaminan orang yang berkahwinan dikurniakan rezeki

· Dapat menjauhkan seseorang itu daripada maksiat.

Konsep Perkahwinan Dalam Islam

· Lelaki sebagai suami dan bapa berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.

· Perempuan sebagai isteri berkewajipan mentaati suami, mendidik anak-anak, dan menguruskan rumah tangga

· Orang yang berkahwin wajib mengatur kehidupan berkeluaga dan memikul tanggungjawab terhadap rumah tangga.

· Setiap manusia memerlukan pasangan atau teman hidup

· Perlukan keluarga untuk mendapatkan zuriat

· Kerjasamamengukuhkan ikatan dan persaan kasih sayang yang menjadi matlamat perkahwinan.

· Allah mensyariatkankepada manusia selaras dengan kehendak fitrah mereka.

Hukum Perkahwinan

HUKUM

HURAIAN

Harus

Orang yang tiada tuntutan mendesak untuk berkahwin dan tiada perkara yang mengharamkannya berkahwin.

Makruh

Orang yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.

Haram

Orang yang tidak mampu menunaikan nafkah zahir dan batin atau diyajini akan menzalimi pasangannya.

Sunat

Orang yang mampu memberi nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta berkeinginan berkahwin tetapi boleh mengawal diri daripadaberina atau menzalimi pasangan.

Wajib

Orang yang mampu memberi nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan serta khuatir melakukan zina kerana gagal mengawal nafsu.

Hikmah Perkahwinan:

· Memberi ketenteraman kepada pasangan

· Menjalinkan silaturahim

· Memupuk kasih sayang

· Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani

· Menjamin kesihatan

Implikasi Tidak Mengikut Undang-Undang Keluarga Islam:

Diri

· Akan dikenakan tindakan undang-undang

· Masyarakat akan memandang serong

Keluarga

· Nama baik keluarga akan tercemar

Masyarakat

· Masyarakat akan menjadi kucar-kacir

· Lahir masyarakat yang suka melanggar undang-undang.

Langkah-langkah Mengatasi

· Perlukan perhatian ibu bapa dan masyarakat

· Mengikuti program ilmu

· Kuatkuasakan undang-undang.

Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

No comments:

Post a Comment