Thursday, March 18, 2010

NABI MUHAMMAD SAW UTUSAN ALLAH SWT

Surah At-Taubah, 128-129

Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dia pula melimpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman. Kemudian jika mereka engkar maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku) tiada Tuhan (yang berhak disembah ) melainkanNya. KepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Intisari Ayat
-Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW daripada bangsa Arab. Baginda amat mengambil berat terhadap umatnya dan berharap mereka mendapat hidayah Allah SWT.

-Baginda sangat mengasihi orang yang beriman

-Rasulullah SAW akan meminta pertolongan daripada Allah SWT sekiranya manusia menentang dakwah baginda.

PERANAN TAWAKKAL DALAM DAKWAH
Tawakal bermaksud Berserah kepada Allah setelah berusaha

Sifat tawakkal amatlah penting bagi pendakwah kerana:
-untuk menambah keyakinan dan menanam sifat sabar dan reda
-supaya tidak berputus asa dalam berdakwah
-Yakin dengan pertolongan Allah pasti tiba cepat atau lambat

KASIH SAYANG RASULULLAH SAW TERHADAP UMATNYA
1.Banyak kisah membuktikannya
2.Contohnya, semasa nabi berdakwah ke Taif, Baginda di cerca dan dibaling dengan batu hingga lika dan berdarah.
3. Walaupun Jibril menawarkan untuk menghempapkan Bukit Taif ke atas penduduk Taif namun ditolak oleh Rasulullah malah baginda berdoa supaya Allah memberi hidayat kepada kaumnya.

HIKMAH RASULULLAH SAW DIPILH DI KALANGAN MANUSIA
1. Memudahkan manusia menerima Islam
2. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah SAW
3. Membuktikan syariat Islam mampu dilaksanakan oleh manusia.
4. Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah SAW
5. Hanya manusia yang tahu tentang selok-belok kehidupan dan kehendak manusia


Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

No comments:

Post a Comment