Thursday, March 18, 2010

ADAB BERMUSAFIR

ADAB

Adab Bermusafir

1. Sebelum memulakan perjalanan, pohon petunjuk Allah SWT dan meminta nasihat orang
yang lebih berpengalaman
2. Sediakan bekalan secukupnya (wang, makanan, dan sebagainya.)
3. Lantik seorang ketua jika bermusafir dalam kumpulan yang tesrdiri daripada 3 orang
atau lebih.
4. Sunat mengucapkan selamat tiggal kepada orang yang ditinggalkan untuk memaklumkan
kepada mereka keberangkatan dan tempat yang dituju.
5. Sunat solat bermusafir dan berdoa sebelum memulakan perjalanan
6. Allah SWT memberi rukhsoh solat kepada orang bermusafir untuk solat secara jamak
dan qasar. Tiada alasan meninggalkan solat
7. Dilarang melakukan kerosakan kepada alam sekitar.


Sebab- Sebab Perlunya Adab Ber musafir
1. Supaya perjalanan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT
2. Jkia berlaku pertelingkahan, ada ketua yang menyelesaikannya.
3. Supaya tidak berlaku kerosakan alam dan keindahan akan terjamin



HUKUM BERMUSAFIR

Wajib-> Bagi seorang muslim yang mampu bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan
umrah

Sunat-> Bermusafir menziarahi tiga majid utama (Masjidil Haram, Masjid Nabawi, dan
Masjid Aqsa).

Harus-> Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan syarak.

Makhruh-> Ada ulama yang melarang bermusafir sekiranya tidak mempunyai tujuan dan
matlamat

Haram-> Bermusafir ke tempat yang haram dan ada unsur kemaksiatan.


Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

No comments:

Post a Comment