Thursday, March 18, 2010

AJARAN SESAT

AKIDAH

MAKSUD AJARAN SESAT
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam walhal bercanggah dengan Al-Quran dan Al-sunnah.


CIRI-CIRI AJARAN SESAT
• Mencemarkan kesucian Al-Quran dan hadis
• Mengubah prinsipprinsip asas dalam akidah Islam
• Mendewa-dewakan pemimpin hingga dianggap maksum atau nabi
• Menolak perkara yang qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad.
• Mengubah bentuk-bentuk ibadat
• Mengubah konsep pahala dan dosa
• Mendakwa boleh melakukan perkara yang pelik dan ghaib
• Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah SWT
• Menolak hadi mutawatir atau hadis secara umum.


KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT

INDIVIDU
• Rosak akidah
• Masa terbuang
• Minda tertutup
• Kehidupan tidak stabil

MASYARAKAT
• Runtuhnya institusi kekeluargaan
• Perpaduan tergugat
• Berlaku keganasan

NEGARA
• Menjadi mundur
• Ekonomi tidak stabil


LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT
1. Program pemulihan akidah untuk mereka yang terjebak dengan ajaran sesat
2. Kerjasama semua pihak dalam penguatkuasaan undang-undang dalam membendung ajaran sesat daripda terus menular
3. Menyebarkan ajaran Islam yang sebenar melalui pelbagai kaedah sama ada menerusi media cetak atau media elektronik dan sebagainya
4. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui pembelajaran formal atau tidak formal


CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT

BAHAI’
Pengasas:Husain Ali Al-Mazandarani
Bahai’:sempena nama pengasasnya yang digelar Baha’ullah
Tersebar di Malaysia pada 1953 masihi dan dibawa oleh Yan Kee Leong
Ciri-ciri kesesatan BAHAI’
• Beriktikad pengasanya adalah jelmaan Allah SWT
• Beriktikad semua agama sama dan digabungkan dalam Bahai’
• Beriktikad alam ini bersifat kekal
• Beriktikad Nabi Isa AS mati disalib.
• Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka.
• Memansuhkan agama Islam
• Menghapuskan jihad


QADIANI
Pengasas: Miza Ghulam Ahmad
Qadiani: Sempena nama tempat lahir pengasasnya, Qadian
Muncul pada tahun 1889 masihi, dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq b. Barakatullah
Ciri-ciri kesesatan Qadiani
• Beriktikad bahawa Mirza sebagai Al-Mahdi, nadi dan jelmaan krishna
• Beriktikad Mirza mempunyai sejuta jenis mukjizat
• Menghapuskan jihad
• Mengubah Al-Quran, cth: ayat 6, surah Al-Saf
• Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah SWT
• Mendakwa Nabi Isa AS meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India.
• Menghukum kafir selain penganut Qadiani


Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

1 comment:

  1. salam

    http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/fakta-qadiani-di-sekolah-menengah.html

    ReplyDelete