Thursday, March 18, 2010

IMAN MUTIARA HIDUP

AKIDAH

PENGERTIAN IMAN

Bahasa> mengiktiraf, mengakui, dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya
Istilah> Membenarkan dengan hati, mengakui dengan lidah, mengamalkan dengan anggota



IMAN BOLEH BERTAMBAH DAN BERKURANG

*Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, iman seseorang boleh bertambah dan berkurang
*Iman berkait rapat dengan amalan seseorang (tingkah laku)
*Al-Quran sering menggandingkan antara lafaz iman dan amal soleh
*Iman boleh bertambah dengan melakukan ibadat (qiamulail,membaca Al-Quran,
memperbanyakkan solat sunat,melakukan kebajikan dengan ikhlas kerana Allah SWT dan
berzikir)
*Iman boleh berkurang jika melakukan maksiat. Kemaksiatan akan berlaku sekiranya
keimanan kita kapadaNya tidak kuat.



KEMANISAN IMAN

Maksud: Gembira melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredaan Allah dan rasulNya serta mengutamakan keduanya lebih dari harta dunia.

Kemanisan iman dapat dirasai apabila wujud 3 perkara:

-Cinta kepada Allah SWT dan rasulNya lebih daripda segalaNya
-Mengasihi sesama kerana Allah SWT
-Benci kepada kekufuran sebagaimana benci dicampakkan ke dalam api neraka.


Ciri-Ciri Orang Yang Bertambah Iman

# Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah swt dan rasulNya
# Banyak melakukan ibadat sunat
# Melazimi berzikir


Kesan Kemanisan Iman

1. Mendapat kelazatan melakukan ibadat
2. Mencapai kesempurnaan dalam beribadat
3. Masyarakat mendapat manfaat iaitu tidak menyusahkan orang lain
4. Menjadi seorang yang berakhlak mulia
5. Dikasihi oleh Allah SWT
6. Dihormati olh masyarakat.

No comments:

Post a Comment