Thursday, March 18, 2010

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN PADA ZAMAN ABBASYIAH

SIRAH

FAKTOR UTAMA PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN PADA ZAMAN ABBASYIAH
• Kreativiti para ulama
• Usaha dan galakan para khalifah
• Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu
• Ke stabilan politik dan kewangan kerajaan
• Dasar kerajaan yang mengutamakan ilmu pengetahuan
• Penyediaan prasarana dan pendidikan yang baik
• Kedudukan Baghdad menjadi kota ilmu dan perdagangan antara bangsa
• Hubungan diplomatik yang baik antara kerajaan Abbasyiah dengan negara luar
• Islam menggalakkan umatnya mengkaji alam sekitar

INSTITUSI PENDIDIKAN ZAMAN ABBASYIAH

Masjid
• Tempat beribadat serta pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang berkesan
• Masjid penuh dengan pengumpulan-pengumpulan hadis

Istana
• Sebagai tempat para ulama bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan

Perpustakaan
• Menyimpan banyak karya sarjana tempatan serta karya terjemahan
• Kegiatan di Baitul Hikmah
1. Pusat pertemuan para sarjana
2. Pusat penterjemahan
3. Pusat sumber
4. Pusat latihan para ilmuwan

Pusat Pengajian
• Terdapat banyak pusat pengajian pada zaman Abbasyiah
• Banyak didirikan oleh golongan khalifah.


KEPENTINGAN ILMU DAN KESAN DALAM MEMBINA TAMADUN
• Karya-karya ilmuwan Islam yang berbangsa Arab diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa lain termasuk Hebrew dan Latin
• Ilmu dan teknologi Islam dipndahkan ke Eropah dan mencetuskan Zaman Renaissance
• Kesepaduan antara ilmu fardu ain dan fardu kifayah melahirkan umat yang kuat dari segi mental dan fizikal
• Dasar mengutamakan pendidikan telah membantu menyebarkan perkembangan ilmu pengetahuan


BIDANG ILMU YANG DITEROKAI ZAMAN ABBASYIAH

Berteraskan wahyu
• Ilmu Tauhid
Semakin meluas kesan perjuangan ilmuwan menegakkan akidah islam daripada pengaruh falsafah Yunani yang menyesatkan.
Tokoh: imam abu hassan al-asy’ari
• Ilmu fikah
Muncul tokoh ulama muktabar yang mengasaskan mazhab-mazhabfikah seperti Imam Abu Hanifah
• Ilmu tafsir
Mulanya wujud dalam keadaan tidak tersusun
Mula disusuun mengikut surah oleh Yahya bin Ziyad Al-Farra’
• Ilmu hadis
Zaman kegemilangan pengumpulan dan penyusunan hadis
Muncul pakar hadis terkenal seperti Imam Al-Bukhari

Berteraskan akal
• Ilmu matematik
Antara formula yang dihasilkan ialah trigonometri
Tokoh: Al-Kawarizmi

• Ilmu kimia
Penemuan asid nitrik, asid sulfurik dan asid hidroklorik
Tokoh: Jabir bin Hayyan
• Ilmu perubatan
Mencipta picagari dan mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik
Tokoh: Ibnu Sina
• Ilmu falak
Mengukur jarak bumi dan matahari
Tokoh: Al-Battani
• Ilmu fizik
Teori pergerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya
Tokoh: Al-Hassan bin Al-Haitham
• Ilmu geografi
Memberi ukuran tepat mengenai keluasan muka bumi
Tokoh: Al-Syarif Al-Idrisi


Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

1 comment:

  1. sALAM

    Beberapa Fakta tentang Qadiani, layari blog ini.

    http://barahinahmadi.blogspot.com/

    ReplyDelete