Thursday, March 18, 2010

PENYEBARAN ISLAM PADA AWAL ZAMAN KERAJAAN ABBASYIAH

SIRAH


LATAR BELAKANG
*Perkataan 'Abbasyiah' diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah SAW iaitu
'Al-Abbas'.
*Penubuhannya adalah untuk merealisasikan idea keturunan Bani Hashim yang menganggap
tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka.
*Memerintah lebih 5 kurun (123H-650H)
*Ia ditubuhkan secara rasmi oleh Abu Al-Abbas Al-Saffah
*Keluasan Kerajaaan Abbasyiah merangkumi dua pertiga dunia iaitu meliputi sebahagian
benua Afrika, Eropah dan Asia.


STRUKTUR KERAJAAN ABBASYIAH
*Menjalankan sistem kerajaan Abbasyiah secara warisan (Wilayah Al-Ahd)
*Dipimpin oleh 37 orang khalifah
*Banyak diadaptasi dripada sistem pentadbiran kerajaan Parsi
*Kerana ramai orang Parsi memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam
pentadbiran.
*Contohnya istilah Al-Wazir (Perdana Menteri) adalah kata pinjaman dari Parsi.



SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASYIAH.
Al-khlifah: Ketua negara yang bertindak sebagai pemimpin tertinggi dalam wilayah-
wilayah Islam

Al-Dawawin: Jabatan-jabatan kerajaan yang berada di bawah pengawasan
Al-Kuttab(Sekretari). Contohnya, Jabatan Eksais, Jabatan Parit dan Tali
Air, Jabatan Audit.

Al-Wazir: Perdana Menteri selaku ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri
dan jabatan-jabatan kerajaan.



FAKTOR PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN ABBASYIAH

Faktor Dalaman
1. Keinginan penduduk setempat yang tertarik dengan Islam dan akhlak umatnya.
2. Galakan Khalifah menyediakan peruntuka (baitulmal) untuk ulama dan pendakwah
menjalankan aktiviti dakwah
3. Dasar kerajaan yang menyamakan bangsa Arab dan bukan Arab.
4. Kedudukan Baghdad menjadi tumpuan bidang ilmu dan perdagangan antarabangsa.

Faktor Luaran
1. Pembukaan wilayah-wilayah baru.
2. Penggunaan bahasa Arab secara meluas mendorong kepada pemahaman Al-Quran dan
Hadis.
3. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasyiah dan negara-negara luar.
4. Usaha para pedagang Islam berdakwah menerusi perdagangan mereka.



KHALIFAH KERAJAAN ABBASYIAH YANG TERKENAL

1. Abu Al-Abbas Abdullah Al-Saffah
*Merupakan orang pertama menjadi khalifah Abbasyiah selama 4 tahun 9 bulan bermula 132H hingga 136H
*Mengasaskan kerajaan
*Menghapuskan pemberontakan

2. Abu Jaafar Al-Mansur
*Saudara kandung Al-Saffah.
*Menjadi khalifah selama 22 tahun
*Menjadikan Baghdad sebagai ibu kota
*Meperbaiki sistem cukai
*Mebuat saliran
*Menyediakan pasar-pasar di tempat yang strategik.

3. Harun Al-Rashid
*Khalifah yang paling warak dan terkenal.
*Memerintah Al-Qadi Abu Yusuf menulis kitab tentang percukaian hingga terhasilnya
kitab Al-Kharaj.
*Mewujudkan jawatan Ketua Hakim Negara
*Menubuhkan Baitul Hikmah yang menjadi pusat perkembangan ilmu dan pengetahuan
ketika itu.
*Menjadikan Baghdad pusat perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan terkemuka.
*Membina banyak prasarana seperti rumah sakit , farmasi dan pusat pengajian

4. Al-Makmum
*Namanya, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum
*Putera Harun Al-Rasyid menjadi khalifah selama 20 tahun. Bermula tahun 198H hingga
218H
*Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan
*Menyediakann usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
*Menyediakan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang.



KESAN POSITIF PENYEBARAN ISLAM

Akidah
#Kepercayaan menyembah berhala bertukar kepada mengesakan Allah SWT
#Penghapusa perhambaan dalam Islam menarik minat orang bukan Islam

Ilmu Pengetahuan
#Pemikiran manusia berkembang
#Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah
#Prasaranan di sediakan

Kebudayaan
#Islam dianuti berbilang bangsa yang mengamalkan pelbagai budaya

Sistem Kemasyarakatan
#Khalifah telah menubuhka Mahkamah Tinggi Rayuan (AL-MAZALIM)
#Peluang diberi kepada orang bukan Arab memegang jawatan utama.




Rujukan:

Masteri Memori Melalui Peta Minda Pendidikan Islam SPM dan Buku teks Pendidikan Islam Ting. 5

No comments:

Post a Comment